"Assalamualaikum." Adwa menoleh ke belakang. Suara itu memang biasa didengarinya.
"Waalaikumussalam. Mari duduk sama." Adwa mempersilakan rakannya duduk.
"Tak busking ke petang ni?" Shuib menyoal kehairanan. Selalunya jam 2 petang Adwa sudah mula untuk menyanyi.
"Busking. Kejap lagi. Lapar la."
"Oh..." Shuib tersenyum sambil memesan minuman kepada pelayan yang menghampirinya.
Shuib. Rakan penghibur jalanan dan juga rakan kongsi perniagaan. Mereka membuat persembahan secara berlainan pada siang hari namun akan berniaga bersama di malam hari. Selain menjadi penyanyi jalanan, Adwa juga berniaga kecil-kecilan, menjual burger. Untuk menampung wang belanja. Sekadar busking kurang mencukupi rasanya. Kebetulan Shuib ialah jiran daripada taman perumahan lain. Jadi setelah berbincang, mereka setuju mendirikan perniagaan bersama. Sudah setahun mereka menjadi rakan kongsi. Dan bagi Adwa, Shuib ialah seorang sahabat sejati.
"Hoi, jauh kau termenung." Shuib mematikan lamunan Adwa.
"Haha. Takda apa la. Kau macam mana hari ni?"
"Alhamdulillah ok jugak la. Tapi, ish, aku tak puas hati geng si Sharif tu."
Sharif. Adwa menggeleng. Ada saja masalah yang ditimbulkannya.
"Ada ke patut tengah aku busking, tiba-tiba saja dia pun terpacak di sebelah aku, busking sama. Memang la sesiapa pun boleh busking kat mana-mana, tapi agak-agak la orang tengah busking pun dia masuk line. Kalau ya pun tunggulah aku habis nyanyi." Shuib merungut.
Sharif dan gengnya. Mereka dilengkapi gitar, tamborin dan amplifier.
"Aku mengalah la, sebab bagi aku rezeki Tuhan tu ada kat mana-mana. Dah aku belah dari situ, sempat lagi perli aku. Geram jugak aku. Rasa ringan je gitar aku ni."
Sharif dan gengnya. Jika tidak kerana sabar itu separuh dari iman, dan marah itu sifat syaitan, maka sudah lama gitar elektro-akustiknya mendarat di kepala Sharif.
"Hoi kau dengar tak aku cakap ni?"
"Dengar."
"Dah tu yang kau termenung tu?"
"Takda apa la. Ni kau dah makan ke?"
"Dah, sebelum zuhur tadi. Ni saja la lepak dah nampak kau kat sini."
"Malam ni, on?"
"Mesti, mesti...rezeki tu. Jangan ditolak." Shuib tersenyum lebar.
"Ok nanti lepas isyak aku datang." Adwa bangun untuk membayar makan minumnya tapi Shuib lebih pantas menuju ke kaunter, menunjuk ke arah meja mereka dan membayar.
"Eh, kau ni...aku boleh bayar sendiri la..."
"Ni, ganti untuk minggu lepas, yang aku lupa bawak duit tu."
Mereka bersalam dan tersenyum. Di hati masing-masing bersyukur, dikurniakan sahabat yang baik!
Hikayat Sepi Seorang Bohemian
Kita tidak pernah sepi kerana Tuhan sentiasa ada. Ini hikayat untuk mencari keredhaan.
14 Apr 2011
7 Apr 2011
Busker Blues (i)
Adwa melangkah masuk ke dalam masjid dengan perasaan kurang senang. Apa tidaknya, ketika dia menanggalkan kasut di muka pintu masjid tadi, beberapa orang memandangnya dengan pandangan skeptikal. Adwa dapat menterjemah apa yang mereka fikirkan. Mamat bawak gitar rambut panjang ni bukan betul ni. Berlakon je nak sembahyang, tapi bila orang tengah kejap lagi, dikebasnya kasut kita. Adwa hanya mampu tersenyum.
Iqamah telah dilaungkan. Beberapa orang jemaah sudah melangkah memenuhi saf hadapan. Namun solat masih belum dimulakan.
"Adwa, mari sini kejap." Seseorang memanggil Adwa. Adwa melangkah ke hadapan.
"Kenapa ni bang?" Adwa bertanya kepada Bilal Jalal.
"Hari ni Imam Razak tak berapa sihat. Tak larat nak berdiri lama-lama. Macam biasa la." Bilal Jalal tersenyum memandang Adwa. Adwa mengangguk faham.
Imam Razak seorang yang tua dan uzur. Namun masih gigih mahu bersolat jemaah. Dan keupayaannya kadangkala memadamkan kegigihannya. Sejak mula mengenali Adwa, setipa kali dia tidak dapat menjadi imam, Adwa akan ditarik menjadi pengganti. Bila lagi orang muda nak belajar jadi pemimpin, kata beliau. Adwa melangkah mendahului barisan saf. Takbir dilaungkan. Solat bermula.
Usai solat, Adwa ingin kembali ke tempatnya membuat persembahan. Busking. Persembahan jalanan. Dan dia mahu dikenali sebagai busker. Seniman jalanan. Dia gembira dengan apa yang dilakukannya. Yang penting halal. Tiba-tiba perutnya berbunyi minta diisi. Padanlah. Adwa belum menjamah makanan sejak pagi. Dia cuma sempat minum saja. Adwa membuka beg pinggang dan melihat isinya. Boleh tahan. Hari ini makan nasi la.
Adwa mengambil nasi kosong dan memilih lauk ikan. Kemudian sayur. Adwa menggeleng-geleng kepala apabila melihat cara makan orang kini. Satu pinggan saja sudah ada 3 lauk. Dengan ikan, ayam, udang. Tak pun Daging, sotong, hati. Bukankah Nabi cuma makan satu lauk saja dalam satu hidangan?
Setelah membaca doa, Adwa menyuap nasi ke mulut. Alhamdulillah, nikmat sungguh rasanya rezeki yang Tuhan beri. Tambahan pula ikan bawal memang menjadi kegemarannya. Dia tersengih sendiri. Selama ini jarang-jarang juga dia makan nasi ketika sedang busking. Bukan apa, rezeki kadang-kadang tak sekata. Kadang dia boleh dapat RM30-50 sehari. Kadang cuma RM5 hingga RM15 saja. Bergantung pada khalayak. Dan tempat. Serta cuaca juga. Lagipun bukan dia seorang saja busker di ibu kota ini. Ramai. Dan rezeki itu ketentuan Tuhan. Andai hari itu rezekinya murah, maka banyaklah hasilnya.
Tapi untuk melakukan busking ini perlukan disiplin. Walau pun pakaian seperti kutu berahak, jeans koyak di bahagian lutut, baju lusuh dan rambut panjang, disiplin perlu ada. Jika malas mahu menyanyi, atau lepak-lepak di kaki lima sambil petik gitar, jangan harap nak rezeki lebih. Adwa juga berasa geram terhadap sesetengah busker yang tidak berdisiplin, yang muda dan baru terutamanya. Ada kalanya mereka mengganggu gadis-gadis yang lalu lalang. Ada kalanya mereka tidur tanpa segan silu di kaki lima. Ini memberi gambaran yang kurang baik terhadap busker yang lain.
Ah, apa nak buat. Semua busker itu (kononya) sama, keras kepala dan punya prinsip sendiri. Bohemian!

Busker Blues - prolog
"Cinta menciptakan rindu...
juga membuat kita sendu...
semangat terbakar hangus...
hidup mesti terus..."
Adwa mendendangkan lagu Falsafah Cinta yang pernah didendangkan oleh M. Nasir. Di sekelilingnya berkumpul ramai orang. Alhamdulillah, ada rezeki lebih hari ni nampaknya. Bisik Adwa dalam hati.
Usai mendengkan lagu, saat Adwa menyelaraskan tali gitar untuk lagu seterusnya, azan berkumandang dari masjid berdekatan yang berjarak 500 meter. Kalau dikutkan memang tidak logik azan boleh kedengaran, tambahan pula ini adalah pusat bandaraya yang penuh sesak dengan kenderaan dan orang ramai. Namun alah bisa tegal biasa, Adwa yang sudah biasa dengan keriuhan, bisa mendengar laungan keramat itu.
"Bang, lagu Hujan satu bang."
"Bro, main lagu Dealova untuk awek gua ni."
Adwa tersenyum. Ah, bagaimana mahu bermula?
"Maaf dik, bang, sekarang dah masuk waktu solat zuhur. InsyaAllah lepas solat nanti saya kembali ke sini. Apa kata adik dan abang pun pergi solat dulu, nanti saya mainkan lagunya."
Beberapa orang di sekeliling, memandang Adwa dengan pandangan sinis. Tidak kurang yang berbisik sesama sendiri. Ada juga yang mencebik. Namun Adwa tidak mengambil hati. Ini semua cabaran pada masa kini. Kemudian mereka semua berlalu, setelah Adwa memasukkan gitar elektro-akustiknya ke dalam beg gitar.
Adwa bergerak menuju ke masjid. Solat itu kewajipan. Redha Tuhan itu tujuan. Moga diberkati. Amin!

Bermula hikayat...
Celaru dalam merancang penulisan adalah penyebab blog ini wujud.
Di sini tempat untuk melakar hikayat.
Hikayat biasa.
Hikayat seorang bohemian.
Yang mahu mencari redha Tuhan.
Moga Tuhan memberkati.
Di sini tempat untuk melakar hikayat.
Hikayat biasa.
Hikayat seorang bohemian.
Yang mahu mencari redha Tuhan.
Moga Tuhan memberkati.
Langgan:
Catatan (Atom)